Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan 23 rakyat Malaysia yang ditahan Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam misi Global Sumud Flotilla (GFS) akan dibawa pulang dengan selamat, kata Ketua Pemuda PKR Kamil Munim.
Kamil berkata jaminan itu diberikan semasa pertemuan dengan wakil kedutaan AS di Kuala Lumpur petang ini.
“Alhamdulillah mereka telah menerima memorandum kita. Semalam kita rancang untuk hantar memorandum tapi telah disekat.
“Pihak kedutaan AS telah beri jaminan bahawa seluruh warga Malaysia yang kini sedang ditahan Israel akan pulang ke negara kita dengan kadar segera dan keselamatan akan diberikan kepada mereka,” katanya ketika berucap pada himpunan anti-Israel berhampiran kedutaan AS di Kuala Lumpur.
[Berita lanjut menyusul]






