Malaysia Oversight

‘Kedudukan TPM perlu dipertahan demi maruah Presiden Umno’

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 2 minute
'Kedudukan TPM perlu dipertahan demi maruah Presiden Umno'


Kedudukan Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri perlu dipertahankan demi maruah Presiden , kata pembahas , Wan Mahusin Wan Zain.

Berucap pada Perhimpunan Agung 2025 hari ini, Wan Mahusin menyifatkan cadangan untuk membawa parti itu dkeluar daripada perpaduan adalah sesuatu yang tidak wajar.

Wan Mahusin turut mengimbau bagaimana maruah Zahid diinjak ketika Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan pertuduhan di mahkamah.

“Ada cadangan dan luahan daripada perwakilan untuk meninggalkan apa yang kita ada atas alasan maruah.

“Ya bagi kita jika presiden kita hari ini tinggalkan kuasa maka kita cakap presiden kita bermaruah. Tapi maruah pada (pendirian) presiden kita tak tahu.

“Maruah presiden kita akan hilang jika mesyuarat cawangan nak goreng bihun pun tak mampu.

“Hari ini ayahanda (presiden) kita bermaruah atas gelaran timbalan perdana menteri,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

9ee7511145a6d19ec7700ff7c187cfdd

Pada 3 Jan lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh tanpa berlapik menggesa parti itu meninggalkan kerajaan perpaduan dan menjadi pembangkang bagi membina kembali kekuatan parti mereka.

Berucap pada Konvensyen Khas Pemuda Umno yang membincangkan hala tuju Umno dalam perpaduan di Kuala Lumpur, dia mengingatkan ahli dan pemimpin partinya untuk tidak gentar menjadi pembangkang.

Apatah lagi katanya, “garis merah” yang ditetapkan Umno telah dilanggar oleh pihak tertentu dalam perpaduan khususnya DAP.

“Apabila prinsip kerjasama mula dicabuli, maruah kita tak dihormati, maka cukuplah Umno (bersama kerajaan perpaduan), biar mereka tadbir kerajaan ini, kita jadi pembangkang.

“Hei orang Umno bukan penakutlah (untuk jadi pembangkang). Abang-abang saya jangan takut jadi pembangkang, biarlah setapak ke belakang untuk kita melompat lebih tinggi ke hadapan,” kata Akmal.

Bagaimanapun gesaan Akmal itu ditolak Zahid yang mengatakan Umno tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang ketika ini.

Zahid juga mengatakan bahawa setiap keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya Umno tidak dipatuk ular dua kali ditempat yang sama.

Dalam pada itu Wan Mahusin menggesa supaya perwakilan memberi sokongan penuh kepada Zahid.

“Ayah kita ni nak terbang tinggi, nak cari apa yang ada di tempat tinggi,” katanya lagi.



Source link