Malaysia Oversight

Kedah umum cuti peristiwa 1 Februari sempena Thaipusam

By Utusan in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
Kedah umum cuti peristiwa 1 Februari sempena Thaipusam


ALOR SETAR: negeri Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 1 Februari ini bersempena dengan sambutan Thaipusam.

Kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Md. Nor, hari ini.

Pemakluman rasmi negeri menyatakan, cuti peristiwa berkenaan adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Pada 2021, kerajaan negeri memutuskan tiada cuti peristiwa untuk perayaan itu sehingga menjadi bualan ramai ekoran cuti sama pernah diberikan oleh kerajaan sebelum itu.

Muhammad ketika itu menegaskan, keputusan dibuat bukan bertujuan untuk menafikan hak penganut sebaliknya rakyat sememangnya telah pun ‘dicutikan’ oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19.

Bermula 2022, cuti peristiwa sempena Thaipusam kembali diberikan oleh kerajaan negeri hingga tahun ini. – UTUSAN





Source link