Malaysia Oversight

Kedah Rancang Tubuhkan Kedah Science Centre Di Kulim Hi-Tech Park

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 2 minute
Kedah Rancang Tubuhkan Kedah Science Centre Di Kulim Hi-Tech Park


Kedah Rancang Tubuhkan Kedah Science Centre Di Kulim Hi-Tech Park

October 16, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Kedah kini semakin aktif dalam pembangunan teknologi. Selepas melancarkan saluran TV Kedah dan terdapat jangkaan penempatan adi komputer ramalan cuaca di negeri itu, negeri kini merancang untuk menubuhkan Kedah Science Centre di Kulim Hi-Tech Park.

Kedah Rancang Tubuhkan Kedah Science Centre 1

Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan ekosistem sains dan teknologi serta menarik minat generasi muda terhadap bidang STEM secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Perkara ini diumumkan oleh Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri dalam satu kenyataan yang dipetik melalui Warta Kedah.

Kedah Rancang Tubuhkan Kedah Science Centre 008 1
Sumber gambar – Kulim Hi-Tech Park (KHTP)

Beliau turut mengajak pemain industri di Kulim Hi-Tech Park berganding bahu menyumbang kepada komuniti khususnya pelajar tempatan yang berpotensi menjadi tenaga kerja masa depan dan menyambung legasi pembangunan teknologi negeri. Perkara ini boleh dianggap sebagai satu lagi langkah strategik Kedah dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai hab teknologi di Malaysia.

Kedah Rancang Tubuhkan Kedah Science Centre 09
Sumber gambar – Kulim Hi-Tech Park (KHTP)

Untuk makluman, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1996 dan dibangunkan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC) iaitu sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Terletak di Kulim, Kedah dalam Koridor Ekonomi Utara, KHTP merupakan taman teknologi nasional yang menyokong pelaburan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pendidikan teknologi.

Kedah Rancang Tubuhkan Kedah Science Centre 8

Kini, KHTP menempatkan lebih 55 syarikat tempatan dan antarabangsa dengan lebih 45,000 pekerja. Ia turut disokong oleh 90 penyewa sokongan yang membantu kelancaran operasi teknologi di kawasan itu. Sehingga 2024, KHTP telah mencatat pelaburan terkumpul sebanyak RM181.51 bilion.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link