Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu malam ini bertukar kecoh ketika Presidennya Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas apabila ada segelintir perwakilan yang menimbulkan ‘provokasi’.
Kekecohan tercetus apabila Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dasarnya mendakwa ada pihak yang mengutip tandatangan bagi menjatuhkannya.
Ucapan Muhyiddin itu menyebabkan perwakilan tertentu melakukan provokasi sehingga tercetusnya ketegangan.
Petugas parti Briged Armada cuba menenangkan keadaan daripada terus berlanjutan namun gagal.
