Yusmadi Yusoff berharap siasatan rasuah terhadap anak guamnya Shamsul Iskandar Mohd Akin diselesaikan segera.
Peguam kepada bekas setiausaha politik kanan perdana menteri itu berkata dia yakin “kebenaran akan terserlah” dalam kes itu.
“Saya menyeru kawan-kawan dan keluarga untuk terus berdoa untuk Datuk Seri Shamsul,” kata bekas senator PRK itu.

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini memberikan perintah reman enam hari terhadap Shamsul Iskandar dan ahli perniagaan Albert Tei susulan siasatan rasuah melibatkan nilai lebih RM600,000.
Siasatan dibuat setelah Tei mendedahkan dia menyalurkan dana kepada Shamsul melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bagi mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.
Shamsul meletakkan jawatan tidak lama selepas Malaysiakini meminta komennya berkaitan dakwaan itu tetapi mendakwa terdapat percubaan menyerangnya untuk merosakkan imej kerajaan.
[Berita penuh menyusul]






