Malaysia Oversight

Kebajikan tiga generasi pekerja ladang terus terabai

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
Kebajikan tiga generasi pekerja ladang terus terabai


Walaupun desakan demi desakan dibuat, yang dibalas janji demi janji, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa penderitaan tiga generasi pekerja ladang terus terabai.

Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata kegagalan pelbagai skim bantuan adalah kerana ia tidak menyentuh punca sebenar masalah pekerja ladang.

Malah, katanya, kekecewaan memuncak apabila skim bantuan yang diumumkan mencipta isu baru yang memecahbelahkan perpaduan pekerja.

mesti berhenti berjanji wang untuk skim yang tidak dirancang dengan baik dan mula mendengar suara komuniti yang mengalami masalah ini.

“Barulah kita boleh membina jalan ke arah keadilan sebenar untuk pekerja ladang,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia mengulas pengumuman Perdana Menteri Ibrahim baru-baru ini berhubung peruntukan bantuan penyelenggaraan dan memperbaiki kerosakan kecil rumah untuk pekerja ladang India B40 sebanyak RM10 juta di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Namun, Arutchelvan menganggap pengumuman itu tidak berbeza dengan skims-skim khas untuk pekerja ladang sebelum ini yang menurutnya tidak mencapai matlamat.

Mengimbau kembali perhimpunan ratusan pekerja ladang di Parlimen pada 13 Ogos lalu, Arutchelvan berkata, harapan mereka untuk penggubalab undang-undang yang mewajibkan syarikat perladangan menyediakan rumah untuk pekerja mereka ternyata tidak kesampaian.

Dia mempersoalkan kekeliruan berkaitan dana RM50 juta yang disebut bekas menteri sumber manusia, M. Kulasegaran untuk perumahan pekerja ladang.

“Yang menyusul ialah paparan kekeliruan dan politik bersifat lakonan yang amat memualkan.

“Yang membuka mata, semua ahli parlimen ini berasal dari parti DAP yang sama, tetapi nampaknya tidak tahu menahu tentang pengurusan dan pelaksanaan dana yang diumumkan.

“Hakikatnya, skim ini gagal sama sekali. Dana RM50 juta yang kononnya untuk ‘membantu pekerja ladang membina rumah’ langsung tidak berguna kerana majoriti pekerja tidak memiliki tanah. Mereka menetap di tanah estet yang dimiliki syarikat,” katanya.

Menyentuh Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKPR) yang diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN), Arutchelvan berkata maklum balas daripada Pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menunjukkan kadar permohonan rendah dan pada masa sama kadar penolakan permohonan yang tinggi.

“Kebanyakan pekerja tidak layak. Skim ini juga terhad kepada rumah berharga bawah RM150,000, sedangkan harga rumah mampu milik di kini mencecah RM250,000,” katanya sambil menjelaskan kisah menyayat hati mengenai lapan keluarga dari Estet Bukit Rajah yang gagal mendapatkan pinjaman bank.

“Rumah yang diperuntukkan untuk mereka akhirnya dijual kepada orang lain. Mereka terus berjuang mendapatkan rumah.

“Persoalannya, mengapa kedua-dua skim RM50 juta ini tidak dapat membantu mereka yang paling miskin dan memerlukan ini?” soalnya.

Sementara itu, Arutchelvan mendakwa bantuan tunai RM1,000 untuk ketua isi rumah India di ladang hanya akan mencipta ketegangan.

“Ini langkah yang memecah-belahkan. Wang awam tidak sepatutnya digunakan dengan cara yang memecah-belahkan rakyat,” katanya.

Dia menegaskan, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang baru dan mengkaji semula skim pinjaman untuk memastikan ia benar-benar boleh diakses oleh pekerja paling miskin.



Source link