Malaysia Oversight

KDN pandang serius kes anak Rafizi diserang

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 2 minute
KDN pandang serius kes anak Rafizi diserang


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa semua siasatan berhubung insiden terhadap anak Datuk Seri Rafizi Ramli dijalankan secara adil dan berlandaskan undang-undang, tanpa dipengaruhi status atau latar belakang mana-mana pihak.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kejadian itu dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Ia selaras dengan tanggungjawab PDRM untuk memastikan keselamatan dan keadilan untuk semua rakyat termasuk kanak-kanak.

“Keselamatan rakyat adalah keutamaan dan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk keganasan atau ancaman,” katanya.

99a8738555334b852ce711d5eb3de18c

Saifuddin Nasution berkata beliau secara peribadi telah menghubungi bekas Menteri Ekonomi itu sejurus dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

“Saya merakamkan rasa simpati, keprihatinan yang mendalam kepada Rafizi Ramli dan keluarga atas insiden serangan yang melibatkan anak beliau di . Saya mendoakan agar anak beliau segera pulih dan keluarga tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melaksanakan siasatan mengikut lunas undang-undang.

Terdahulu, polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di petang tadi.

Ketua Polis Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Shazeli berkata mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di .

Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Mengesahkan insiden melibatkan anaknya, Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dan telah mengekori kereta isterinya.

– Bernama



Source link