Malaysia Oversight

KDN FC perlukan RM7 juta hadapi musim baru Liga-M

By MkiniBM in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
KDN FC perlukan RM7 juta hadapi musim baru Liga-M


Darul Naim FC (KDN FC) memerlukan dana antara RM6 juta hingga RM7 juta, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026.

Presidennya Rozi Muhamad berkata jumlah itu ditetapkan berdasarkan nasihat dan garis panduan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), susulan kelemahan aspek pengurusan kewangan pasukan pada musim lepas.

“Penstrukturan semula telah dilakukan melibatkan pegawai, pengurusan dan pemain bagi memperkukuh pasukan, selain membentuk pengurusan baharu berasaskan pengalaman supaya lebih bersedia menghadapi saingan liga.

“KDN FC juga menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa pihak termasuk penaja dan negeri, dalam usaha memastikan kelab terus berdaya saing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC bersama penaja serta rakan strategik di , malam tadi.

Berhubung urusan perlesenan kelab, Rozi berkata KDN FC kini giat menyelesaikan syarat pelesenan ditetapkan MFL danFirst Instance Body (FIB), dengan setakat ini telah mencapai tahap penyelesaian lebih 90 peratus.

Pada majlis itu, Rozi turut mengumumkan pelantikan tokoh korporat Mohd Irwan Rizal Ali Napiah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pasukan.

Bernama



Source link