Malaysia Oversight

KBS hantar dua pegawai tetinggi ke IKBN Miri siasat isu buli

By MkiniBM in September 23, 2025 – Reading time 2 minute
KBS hantar dua pegawai tetinggi ke IKBN Miri siasat isu buli


Kementerian Belia dan Sukan sedang melakukan siasatan bebas berhubung isu seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang diperlihat seolah-olah menjadi mangsa kekerasan fizikal baru-baru ini.

Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata pihaknya telah menghantar dua pegawai tertinggi termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Chan Hong Jin ke IKBN Miri awal pagi tadi bagi melakukan siasatan bebas antaranya menyoal siasat pelajar terlibat dalam isu tersebut.

754263fb0d5d7c9b2924e6106c8ee411

Beliau berkata pegawai terlibat juga telah berbincang dengan polis serta ibu bapa pelajar yang didakwa dibuli dan bersetuju dengan tiga cadangan penambahbaikan segera berhubung isu berkenaan.

“Perbincangan dengan pihak polis dan ibu bapa pelajar telah bersetuju dengan tiga cadangan penambahbaikan segera iaitu mewujudkan pegawai perhubungan institut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), melaksanakan ceramah antibuli kepada semua pelajar oleh PDRM setiap tiga bulan, dan penyediaan kotak aduan di dalam institut,” katanya pada sidang media di .

Hannah berkata Lembaga Tatatertib Pelajar IKBN Miri juga akan bersidang dengan kadar segera bagi menentukan bentuk hukuman kepada pelaku, tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa.

e0b79465e3323faea6d60489b3e68e82

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 13 saat tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.

Video itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku insiden buli.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam kenyataan memaklumkan bahawa pelajar terbabit menafikan dirinya dibuli dan mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut.

a323829a7ffb4eec4b414a274689ccec

Mohd Farhan berkata pelajar tersebut bersama ibu dan bapanya telah hadir ke balai polis untuk menjelaskan bahawa kejadian itu hanyalah gurauan rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya pada 19 Sept lepas tanpa sebarang unsur paksaan atau penderaan.

Bagaimanapun, Hannah berkata pihaknya mahu melakukan siasatan bebas berhubung perkara itu sebagai langkah tambahan bagi melindungi pelajar daripada sebarang kejadian tidak diingini.

– Bernama



Source link