Malaysia Oversight

Kawasan rendah dinaiki air, APM Kuala Krai pantau situasi terkini

By Utusan in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
Kawasan rendah dinaiki air, APM Kuala Krai pantau situasi terkini


KUALA KRAI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Krai melakukan pemantau selepas beberapa kawasan sekitar bandar ini ditenggelami air susulan hujan lebat bermula 4.30 petang tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Guchil 1, Stesen Minyak Caltex Guchil dan kawasan bawah jambatan kereta api menuju ke pusat bandar Kuala Krai.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapten Abd. Fatah Abd. Aziz berkata, setakat ini tiada mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, paras air Sungai di kawasan tersebut berada pada tahap normal dan hujan semakin reda.

“APM Kuala Krai akan terus menjalankan pemantauan rapi dari semasa ke semasa, khususnya di kawasan berisiko banjir, bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Abd. Fattah memberitahu, APM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini daripada sumber rasmi.-UTUSAN





Source link