Malaysia Oversight

KATA MP | RMK13 bekalan kerajaan hadapi PRU ke-16

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 3 minute
KATA MP | RMK13 bekalan kerajaan hadapi PRU ke-16


KATA MP | Pada hari ini di parlimen, Perdana Menteri Ibrahim membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030 dengan tema Melakar Semula Pembangunan.

Dengan PRU ke-16 dijangka diadakan dalam tempoh dua tahun akan datang, maka pembentangan RMK-13 ini memberikan satu kelebihan Madani yang terdiri daripada gabungan 18 buah parti politik melibatkan PH, , GPS dan GRS.

menjelaskan apakah yang akan dilakukan oleh Madani dalam tempoh lima tahun mendatang sekiranya ini dipilih semula oleh rakyat untuk mentadbir negara.

Justeru dokumen lengkap RMK13 ini – yang disampaikan inti sari dan inti patinya secara lisan di parlimen oleh perdana menteri – bolehlah dianggap semacam manifesto pilihanraya parti-parti politik yang mentadbir di .

Peluang membentangkan RMK13 sebagai dokumen kerajaan Persekutuan dan bukannya parti politik memberi keyakinan kepada rakyat, usahawaan, pelabur sama ada luar atau dalam negara bahawa ia bukanlah manifesto parti politik tetapi dasar ekonomi negara secara rasmi yang diusulkan di parlimen sebelum diluluskan oleh ahli-ahlinya.

Dokumen Lengkap RMK13 yang tebal itu merekodkan pencapaian sosioekonomi Malaysia bagi 2021 hingga 2025. Contohnya sasaran 10 tahun Ekonomi Madani yang ingin neggara ini menjadi 30 ekonomi terbesar dunia. Namun setakat 2024 Malaysia mencapai kedudukan ke-36. Ini adalah satu fakta pencapaian yang dapat diukur.

Dengan membentangkan secara rasmi dan terbuka RMK13 di parlimen, bermakna perdana menteri mahu memberitahu rakyat Malaysia dan dunia – termasuklah Bank Dunia, Tabung Mata Wang Antarabangsa dan institusi global – bahawa Malaysia ada rancangan yang jelas untuk menuju 2030.

Misalnya Malaysia ada sasaran ekonomi makro serta dasar meningkatkan darjat hidup rakyat dengan menangani kos sara hidup.

Satu kekuatan Anwar dan kerajaan Madani pimpinan nya ialah dia fokus dalam memperbaiki kedudukan ekonomi Malaysia.

Sasar rumah mampu milik

Ini ditunjukkan oleh Anwar bahawa dalam tempoh lima tahun dalam RMK13 kerajaan Madani akan mengemukakan 10 keutamaan kerencaman ekonomi.

Contohnya kerajaan akan mereformasi industri semikonductor tempatan.

Melalui dasar RMK13 kerajaan mengemukakan apa yang hendak dilakukannya dalam reformasi pendidikan, reformasi pasaran buruh, usaha meningkatkan tahap socsoekonomi golongan sasar, antara lainnya.

Dalam setiap inisiatif dan dasar lma tahun yang akan datang, dokumen RMK13 dengan jujur dan telus boleh disemak serta diteliti pencapaian setiap satu dalam Rancangan Malaysia ke-12 dengan kerajaan Madani turut terlibat selaku pentadbir sejak Nov 2022 hingga kini.

RMK13 turut menyatakan apakah dasar kerajaan Madani untuk melaksanakan agenda reformasi perkhidmatan awam.

Turut dilakar dalam RMK13 ialah dasar lma tahun akan datang untuk kerajaan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Sebagai contoh dinyatakan sasaran kerajaan bagi 2030 ialah menyiapkan 500,000 unit rumah mampu milik.

Namun sehingga Mac lalu hanya 179,769 unit rumah mampu milik siap dibina.

Maksudnya kerajaan menyedari banyak yang perlu dilakukan lagi untuk mereformasikan dasar perumahan negara dalam tempoh RMK13.

Pada 26 Julai lalu satu perhimpunan besar rakyat diadakan di Kuala Lumpur untuk menuntut Anwar turun.

Lima hari kemudian, Anwar bangun di Dewan Rakyat membentangkan dasar ekonomi yang lengkap untuk Malaysia dan rakyatnya.

Setelah mendengar pembentangan Anwar hari ini, adakah wajar lagi untuk rakyat menuntut dia turun?

Sedangkan dialah orang yang diharapkan untuk menerajui dan melaksanakan cita-cita yang terkandung dalam RMK13 tersebut.


HASSAN ABDUL KARIM ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link