Malaysia Oversight

KATA MP l Perpecahan dalaman parti bernama Bersatu

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 3 minute
KATA MP l Perpecahan dalaman parti bernama Bersatu


KATA MP l Menjelang pilihan raya negeri Sabah yang akan datang, Yassin berjanji untuk mengembalikan semula pulangan hasil 40 peratus kepada Sabah sekiranya Bersatu dan gabungan Perikatan Nasional (PN) kembali berkuasa.

Namun rakyat Sabah meragui janji itu, kerana dia tidak melakukan apa-apa berhubung perkara tersebut ketika menjadi perdana menteri hasil “Langkah Sheraton” selama 17 bulan, dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Tampaknya sedang menghadapi tekanan besar kebelakangan ini. Walaupun perhimpunan agung tahunan Bersatu semalam mengangkatnya sebagai calon perdana menteri, keadaan sebenarnya tidak kelihatan berjalan lancar.

003640ca4a23f38a42205cbfb41378d1

Pada perhimpunan parti di Shah Alam pada malam Sabtu lalu, menyebut tentang wujud pihak tertentu yang mengumpul tandatangan mendesaknya melepaskan jawatan presiden. Dia memberi amaran keras: “Lebih baik berhenti membuat kacau dan elakkan perpecahan sesama kita.”

Namun, pada saat itu juga ada perwakilan yang berada di dalam dewan melaungkan desakan supaya dia melepaskan jawatan.

Akar Bersatu goyah

Keadaan ini menunjukkan Bersatu sebenarnya tidak baik-baik sahaja. Tidaklah menghairankan kerana teras kepimpinannya rapuh – terbentuk daripada sisa-sisa “Langkah Sheraton” 2020 – terdiri daripada individu yang tiada prinsip dan agenda jelas:

Muhyiddin selaku pengasas bersama Bersatu, Hamzah Zainudin yang mengetuai sekumpulan ahli parlimen Umno melompat parti selepas PRU14, serta Azmin Ali yang berpaling tadah dari .

f52e5ed54ca4fe5712c295d3d93c4fab

“Langkah Sheraton” pada asasnya adalah satu kudeta politik yang menggulingkan Pakatan Harapan (PH) dengan menghimpunkan kumpulan serpihan dari Umno (Hamzah), (Azmin), dan Bersatu (kumpulan Muhyiddin yang menyingkirkan kumpulan Dr Mahathir Mohamad).

Kini, Umno dan telah kembali pulih selepas cubaan untuk menghancurkan parti masing-masing. Secara tidak langsung, ruang Bersatu untuk bergerak semakin mengecil.

Pandangan saya mengenai keadaan semasa pembangkang masih tidak berubah. Saya pernah berhujah bahawa PN sudah sampai ke puncaknya – dengan kekal kuat di kubu Melayu, manakala Bersatu semakin merosot pengaruhnya – tanpa banyak ruang lagi untuk berkembang.

Tiga kesilapan Muhyiddin

Dalam ucapan Muhyiddin di perhimpunan agung Bersatu semalam, terdapat tiga kesilapan besar.

Pertama, tidak bijak menonjolkan kelemahan diri. Mengapa membawa isu desakan undur jika dia menganggapnya perkara kecil, sebagaimana dijelaskan kepada wartawan? Muhyiddin malah menggunakan perkataan “batu api” terhadap pihak yang mahu menjatuhkannya, lalu mencetuskan reaksi segera di kalangan perwakilan.

370486c008440cbfb3db2ec9409e63ca

Kedua, percubaannya menampilkan diri sebagai “wira” Bersatu hanya menyerlahkan hasrat untuk terus bertahan sehingga cita-citanya menjadi perdana menteri tercapai. Inilah punca masalah kerana Hamzah, Azmin, dan terutama menyedari Muhyiddin kekurangan karisma, tenaga dan masa, malah menjadi liabiliti terhadap kelangsungan Bersatu dan kebolehmenangan PN.

Ketiga, Muhyiddin menilai keadaan politik secara salah. Daripada berdepan hakikat dirinya semakin tidak popular, dia memilih untuk terus kekal dengan apa cara sekalipun.

Retak dalam PN

Pada masa sama, Hamzah dan Azmin sendiri tidak sehaluan. Sejarah menunjukkan “Langkah Sheraton” berlaku kerana Muhyiddin bermasalah dengan Dr Mahathir dalam Bersatu, sementara Azmin pula bermasalah dengan Anwar Ibrahim dalam PKR.

Apa formula baharu yang sedang bermain di fikiran Azmin kini – sama ada untuk menyingkirkan Muhyiddin, berdepan Hamzah, dan pada masa sama cuba menonjolkan dirinya sebagai pencabar utama Anwar – masih belum jelas.

04f8ccb1677d2319608bef8f915a8abc

Seperti yang saya sebut sebelum ini, gabungan masalah perpecahan dalaman Bersatu serta PAS yang terperangkap dalam dogma Islamis 1982 menjadikan pengundi Malaysia sukar menaruh keyakinan kepada pembangkang yang bercelaru.

Walaupun PN terus memainkan isu Melayu, tidak semua pengundi Melayu percaya pada mereka. Pada masa sama, PN terus mengasingkan pengundi bukan Melayu, serta pengundi Sabah dan Sarawak.

Kekecohan di perhimpunan agung Bersatu hanyalah gejala kepada krisis yang lebih besar dalam parti itu. Sebuah Bersatu yang tidak stabil akan melemahkan PN, tidak kira betapa popularnya PAS dalam kalangan pengundi Melayu.

Namun, sementara PN bergelut dengan krisis dalaman, Pakatan Harapan PH) dan Barisan Nasional (BN) bersama sekutu di Sabah dan Sarawak tidak boleh berasa terlalu selesa.

Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sudah banyak melakukan usaha untuk rakyat, tetapi masih banyak lagi yang perlu diselesaikan.


LIEW CHIN TONG adalah ahli Parlimen Iskandar Puteri. Dia juga adalah timbalan menteri pelaburan, perdagangan dan industri.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link