Malaysia Oversight

Karnival Makanan buka tirai program Masjid An-Nur

By Utusan in January 11, 2026 – Reading time 2 minute
Karnival Makanan buka tirai program Masjid An-Nur


Mencari yang halal itu adalah wajib. Ia bukan hanya melibatkan rezeki tetapi juga dalam bab makanan. Sebab itu menjadi fardu kifayah untuk umat menjadi usahawan. Ia bagi memastikan sumber makanan yang dihasilkan itu bukan sahaja halal tetapi juga baik.

Untuk itu, Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh, mengadakan Masjid An-Nur Food Festival dan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, di medan letak kereta masjid pagi ini.

Program sulung bercorak keusahawanan bagi membuka tirai takwim 2026 adalah dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam, .

Program dimulakan dengan kuliah subuh bertajuk ‘Makanan halal dan kesihatan’ yang disampaikan oleh Pakar Teknologi Makanan dan Industri Halal UiTM, Dr. Zainal Samicho.

Selesai kuliah, para jemaah tidak melepaskan peluang melawat dan membeli juadah di 30 gerai yang mengambil bahagian dalam karnival.

Antara gerai yang menjadi tumpuan adalah lempeng pisang dan cendol sagu rumbia beserta durin. Lain-lain juadah yang dijual termasuk nasi lemak, kuih-muih, kambing ungkep, buah-buahan, air balang dan pisang goreng.

derai
Gerai lempeng pisang dan cendol sagu rumbia antara yang paling mendapat sambutan.

Pengarah projek. Muhammad Isyraf Aiman Mustafa, 25, berkata, sambutan program karnival amat menggalakkan dan mendapat penyertaan yang sangat baik daripada komuniti setempat melibatkan pelbagai peringkat umur.

“Kerjasama yang baik antara pihak penganjur, pihak masjid dan komuniti setempat menjadi menyumbang utama kelancaran perjalanan program serta kejayaannya mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, sesi perkongsian ilmu mengenai pemakanan sihat, table setting, fruit carving, fruit platter contest, demonstrasi masakan dan aktiviti derma darah turut diadakan. Sejumlah 60 orang menderma darah untuk menambah keperluan Darah di Pusat Derma Darah Negara. 

Baru uitm derma darah
Antara yang menderma darah dalam program Kanival Makanan di Masjid An-Nur, Saujana Utama, pagi tadi.

Dalam majlis sama, Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM, Prof. Dr. Norzuwana Sumarjan turut menyampaikan sumbangan RM3,200 untuk pembangunan masjid baru MAN yang dianggarkan bernilai RM7.9 juta.

Baru Uitm karnival2
Dr. Norzuwana Sumarjan menyampaikan replika cek sumbangan dana pembinaan masjid baharu kepada Hamzah Mohd. Amin di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh pagi tadi.

Turut hadir, Nazir MAN, Hamzah Mohd. Amin dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim), Datuk Zamani Ahmad Mansor dan Wan Hayati Wan Bujang yang juga ketua program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR0 Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan UiTM. – UTUSAN





Source link