Malaysia Oversight

Kapal Swapandu Sea Dagger Dibangunkan Untuk Kegunaan Komando

By Amanz in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Kapal Swapandu Sea Dagger Dibangunkan Untuk Kegunaan Komando


Kapal Swapandu Sea Dagger Dibangunkan Untuk Kegunaan Komando

September 8, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Perang Dunia Kedua melahirkan pasukan komando yang melakukan aksi sabotaj ke atas musuh dan mengumpul maklumat sebelum serangan sebenar dilalukan. Pasukan komando United Kingdom mengumpul sampel pasir pantai sebelum lokasi pendaratan D-Day dilakukan lebih tahun lalu. Walaupun dunia sudah berubah, pasukan UK Command Force (UKCF) masih wujud dan kini mereka akan menggunakan kapal swalayar bagi melakuan operasi.

Leido Sea Dagger KOmando B

Sea Dagger ialah kapal membawa pasukan komando dengan kemampuan swalayar. Ia dibangunkan oleh Leidos dengan setiap kapal boleh membawa sehingga 12 anggota komando dan juga kenderaan ringan bagi melakukan pendaratan di pesisir pantai. Maklumat penuh mengenai Sea Dagger belum lagi dikongsi dengan Leidos berkata ia boleh bergerak dengan kelajuan 40 knots (74 km/j), berperisai dan mempunyai jarak operasi jauh dalam situasi peperangan.

Leido Sea Dagger KOmando A

Imej konsep Sea Dagger yang dikongsi menunjukkan bahagian kapal yang ditutup sepenuhnya, tanjakan pada bahagian buritan, dilengkapi dron dan permukaan rata seakan pesawat F-117 untuk mengurangkan pantulan radar.

Pembangunannya dilakukan di bawah inisiatif Future Commando Force (FCF) bagi meningkatkan kemampuan UKCF bagi memenuhi keperluan misi masa depan. Selain Sea Dagger, penggunaan kecerdasan buatan, teknologi siber dan dron akan turut diintegrasikan dalam masa terdekat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link