Kapal Perang Kuasa Konvensional Terbesar Dunia Dilancarkan China Dengan Sistem EMAL
Effi Saharudin
Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLN) hari ini secara rasmi memiliki kapal perang kuasa konvensional terbesar di dunia. Kapal pengangkut pesawat Fujian telah ditauliahkan oleh Presiden Xi Jinping pada Rabu lalu dalam sebuah majlis yang dilakukan di Pulau Hainan.

Ia adalah kapal pengangkut pesawat pertama China dengan sistem melancarkan pesawat menggunakan bantuan pelontar dan pendaratan menggunakan penghalang (CATOBAR) dengan ia juga menjadi kapal kedua di dunia dengan sistem pelancar pesawat elektro magnet (EMAL).
Fujian adalah mirip dengan kapal pengangkut pesawat kelas Forrestal Amerika Syarikat dari dekad 50an. Ia sepanjang 300 meter, selebar 76 meter dan seberat sekitar 72,000 Tan. Ia menjadikannya sebuah supercarrier kerana kemampuan membawa lebih banyak pesawat berbanding Lioning dan Shandong yang menggunakan sistem tanjakan untuk melancarkan pesawat.

Ia boleh membawa pesawat tempur J-35 dan J-15T serta pesawat amaran dan kawalan KJ-600. Dengan tiga pelancar EMAL, pelbagai jenis pesawat boleh dilancarkan ke udara dengan selamat berbanding sistem pelancar stim. Dengan kekuatan lontaran boleh dikawal, Fujian turun dijangka boleh membawa dron bagi menggandakan kekuatan di medan perang.
Pembangunan kapal pengangkut China tidak terhenti dengan Fujian kerana mereka dilaporkan akan membina pula kapal pengangkut pesawat kuasa nuklear dengan reaktor sedang diuji di Sechuan sejak tahun lalu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






