Malaysia Oversight

Kapal Induk Membawa Dron Pertama Tentera Laut Republik Singapura Dilancarkan

By Amanz in October 22, 2025 – Reading time 2 minute
Kapal Induk Membawa Dron Pertama Tentera Laut Republik Singapura Dilancarkan


Kapal Induk Membawa Dron Pertama Tentera Laut Republik Singapura Dilancarkan

October 22, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Tentera Laut Republik Singapura (RSN) kini memasuki era kapal induk melancarkan dron selepas RSS Victory dilancarkan semalam. Victory ialah kapal pertama di dalam kelas Kapal Tempur Multi Peranan (MRCV) yang boleh melancarkan dron udara, permukaan laut dan bawah laut. Ia akan menggantikan kapal korvet perlu berpandu kelas Victory yang digunakan sejak 1989. Kapal MRCV dilancarkan di bawah pelan pemodenan RSN.

Singapura RSS Victory MRCV Kapal Induk Dron B

RSS Victory ialah kapal pertama daripada enam yang dibina oleh ST Engineering di limbungan mereka yang terletak di Benoi. Ia adalah kapal laut terbesar pernah digunakan RSN dengan berat 8000 tan, 150 meter panjang, 22 meter lebar, bergerak pada kelajuan 22 knot dan membawa kurang daripada 100 anak kapal. Kesemua sistem dorongan kapal menggunakan motor elektrik yang dijana menggunakan enjin diesel.

Singapura RSS Victory MRCV Kapal Induk Dron A

Kerana ia sebuah kapal MRCV, ia mampu menampung pelbagai kelengkapan modular. Sehingga lapan modul boleh ditukar ganti mengikut misi. Modul ini adalah dalam bentuk kontena kargo yang mudah dipasang dan ditanggalkan.

Singapura RSS Victory MRCV Kapal Induk Dron C

Proses pembinaan daripada lunas ke badan kapal yang lengkap hanya mengambil masa 12 bulan. Badan kapal RSS Victory kini akan menjalani proses pemasangan kelengkapan, integrasi sistem dan ujian laut sebelum dijangka memulakan operasi bermula 2028.

Proses yang cukup pantas jika dibandingkan dengan frigat kelas Maharaja Lela Tentera Laut Diraja Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2017 tetapi dijangka hanya akan beroperasi bermula 2026. ST Engineering mampu membina Victory dengan pantas kerana menggunakan sistem rekaan kembar digital dengan pelbagai perubahan rekaan serta sistem diuji secara maya terlebih dahulu sebelum diintegrasikan pada kapal sebenar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link