Malaysia Oversight

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air

By MkiniBM in September 1, 2025 – Reading time 1 minute
Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air


Polis hari ini mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah takungan air berhampiran lampu isyarat Spait, Jalan Celestine Ujang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang bapa yang memaklumkan anak lelakinya hilang berhampiran simpang jalan masuk Taman Seri Pelabuhan, Bintulu kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Bertindak atas maklumat tersebut, katanya, pasukan polis bersama unit MPV serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi untuk membantu pencarian kanak-kanak terbabit.

“Mangsa berumur tujuh tahun, berbangsa Iban, ditemui di dasar takungan air sedalam lima meter.

“Ia terletak lebih kurang 50 meter dari rumah pekerja Fully Contractor Workshop. Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Pegawai perubatan dari Hospital Bintulu mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis turut menasihati orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak di kawasan berhampiran kolam atau takungan air.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD di talian 086-318304.

Bernama



Source link