Kamus Dewan Perdana Versi Web Akan Dilancarkan 2026
Effi Saharudin
Kamus Dewan Perdana versi web akan akhirnya dilancarkan awal 2026. Ia kini dalam ujian dasa akhir dengan ia boleh diuji orang ramai semasa program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pengumuman Kamus Dewan Perdana versi web telah dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, semasa pelancaran Seminar Leksikografi, Ensiklopedia dan Terminologi (SELEKSI) di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Menerusi laman ini, pengguna boleh melihat takrifan perkataan, contoh penggunaannya, sebutan dan ejaan Jawi. Setiap kata kini diberi nombor pengenalannya tersendiri, dan dipaparkan secara lebih tersusun apabila sebarang carian dibuat. Hasil carian dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kata entri, kata terbitan dan asal usul kata.
Statistik carian tertinggi harian juga akan dipaparkan untuk melihat carian perkataan yang sedang tular. Apabila dilancarkan tahun depan, ia boleh diakses orang ramai secara cuma untuk tempoh yang terhad sebelum bayaran langganan akan dikenakan. Pihak DBP belum lagi mengumumkan apakah bayaran yang dikenakan. Akhir sekali DBP turut bercadang untuk mengembangkan kandungan dengan kamus-kamus lain secara beransur-ansur.
Yang menjadi persoalan kelak ialah sama ada selepas pelancaran Kamus Dewan Perdana versi web ini nanti, laman DBP Pusat Rujukan Persuratan Melayu akan diteruskan ataupun tidak. Ia menawarkan fungsi yang sama dan turut mempunyai ciri pertanyaan penggunaan perkataan yang betul secara percuma.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






