Malaysia Oversight

Kami tak anjur tapi tak halang ahli turun demo anti-Anwar

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
Kami tak anjur tapi tak halang ahli turun demo anti-Anwar


Parti Muda tidak akan menghalang anggotanya daripada menyertai Perhimpunan ‘Turun ‘ yang akan diadakan pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.

Pemangku presidennya Amira Aisya Abdul Aziz berkata ini pimpinan parti menghormati hak orang ramai menyertai perhimpunan aman.

“Kami (Muda) bukan salah seorang penganjur. 

“Tapi, kami tak akan menghalang anggotanya daripada menyertainya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Puteri Wangsa ditanya sama ada akan parti itu akan menyertai perhimpunan anjuran pembangkang.

Demonstrasi tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Ibrahim supaya meletakkan jawatan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Usuf Jan Mohamad mengesahkan bahawa penganjur perhimpunan telah menghantar notis rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Polis menganggarkan kehadiran antara 10,000 ke 15,000, walaupun pemimpin pembangkang mendakwa angkanya akan jauh lebih besar.

6c0f66da13c29ab26e33e47b77420635

5 reformasi utama

Sementara itu, Muda turut menuntut melaksanakan lima reformasi utama sebelum pilihan raya umum ke-16 (PRU16).

Madani telah masuk 31 bulan fasa pemerintahan. Maksudnya, telah melepasi separuh daripada tempoh lima tahun penuh.

“Sebagai pembangkang yang cekap, Muda mempunyai tanggungjawab yang besar menjadi semak dan imbang dengan segala janji yang dibuat oleh ini.

“Maka, kami menuntut kerajaan melaksanakan lima tuntutan,” katanya.

Mereka menuntut kerajaan menangani kos sara hidup, memansuhkan undang-undang yang menindas, menyemak semula Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Bandar (URA) serta meletakkan SPRM bawah bidang kuasa parlimen.

“Sehubungan dengan kegagalan menunaikan janji dan mengabaikan agenda reformasi, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk tolak Anwar Ibrahim dan seluruh kerajaan persekutuan sekiranya lima tuntutan di atas tidak dipenuhi.

“Ahli politik perlu diajar bahawa janji kepada rakyat tidak boleh diendahkan,” katanya.



Source link