Malaysia Oversight

Kami makan babi tapi tak ambil rasuah, dadah

By MkiniBM in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
Kami makan babi tapi tak ambil rasuah, dadah


PARLIMEN | Seorang Ahli Parlimen Sarawak hari ini menggesa semua pihak untuk menghormati pilihan makanan orang lain, meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak yang mencaci daging sebagai busuk dan kotor.

Bercakap dari perspektif orang Dayak, Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) berkata komunitinya tidak pernah menghina pilihan makanan orang lain namun mereka menjadi sasaran hanya kerana makan .

“Kita sebagai orang Dayak tak pernah mencaci dan menghina makanan orang lain.

“Kita sebagai orang yang makan tidak banyak yang ambil rasuah, tidak banyak yang makan dadah, tidak banyak yang sampai buat perkara pelik-pelik tapi kita dituduh makan babi dan tidak jadi orang bertamadun.

“Ini perlu dihentikan oleh rakyat Malaysia, oleh mana-mana pihak, perlu hormati makanan orang lain,” katanya di Dewan Rakyat.

Willie berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Wakil GPS kemudian membandingkan bau daging babi dengan budu dan belacan, yang menurut Willie lebih busuk daripada babi.

“Walaupun babi itu busuk, busuk lagi budu dan belacan, tapi kita tak pernah menghina, kita saling menghornati untuk menjaga dan mendengar titah duli tuanku untuk hidup harmoni,” tambahnya.



Source link