Kamera Nikon ZR Cinema secara rasminya dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM 9,688 untuk tubuh sahaja. Bagi pakej lengkap, ia ditawarkan pada harga RM 12,408 bersama lensa NIKKOR Z 24-70mm f/4 S dan RM 13,318 untuk gabungan tubuh dengan lensa NIKKOR Z 24-200mm f/4-6.

Nikon ZR ialah kamera pertama dalam siri Z CINEMA dengan kerjasama RED Digital Cinema. Ia mampu merakam video beresolusi sehingga 6K menggunakan teknologi warna RED untuk menghasilkan imej sinematik yang berkualiti tinggi. Dilengkapi sensor bingkai penuh 24.5MP, kamera ini menyokong rakaman 6K/60FPS dalam format R3D NE, N-RAW dan ProRes RAW.
Ia juga boleh merakam 4K/120FPS serta FHD sehingga 240FPS untuk gerak perlahan yang lancar. Selain itu, ia menggunakan sistem auto fokus berasaskan AI, dilengkapi penstabil imej 5-axis dan menyokong integrasi Frame.io untuk memuat naik rakaman terus ke awan.

Nikon ZR mampu merakam audio 32-bit float melalui mikrofon terbina dengan lima corak rakaman termasuk binaural dan omnidirectional. Ia turut menawarkan ISO asas 800 dan 6400 serta pelarasan ISO penuh semasa suntingan dalam format R3D NE.
Panel LCD 4″ dengan resolusi 1280 x 800 piksel dan kecerahan 1000 nits disediakan melengkapkan kamera professional ini. Bagi yang berminat, kamera ini tersedia untuk pratempahan melalui pengedar sah di seluruh Malaysia.






