Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff untuk menangguhkan bayaran ganti rugi berjumlah RM400,000 kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Jumlah itu adalah ganti rugi yang perlu dibayar Kamarul Zaman susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu yang membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Yeoh terhadapnya, berhubung buku ‘Becoming Hannah’.
Pesuruhjaya Kehakiman Avinder Singh Gill membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Yeo, Sangeet Kaur Deo dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Kamarul Zaman.
Mahkamah juga memerintahkan Kamarul Zaman untuk membayar kos sebanyak RM2,500.
Yeoh memfailkan saman fitnah terhadap Kamarul Zaman pada 2022, mendakwa dua hantaran Facebook pensyarah itu pada Mei 2017 telah memfitnahnya.
Hantaran Facebook Kamarul Zaman menuduh Yeoh menyalahgunakan kedudukan untuk menyebarkan Kristian melalui politiknya dan bukunya Becoming Hannah: A Personal Journey membawa ‘agenda Kristian’.
[Laporan penuh menyusul]