Malaysia Oversight

Kalendar persekolahan kembali ke bulan Januari

By MkiniBM in January 12, 2026 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Sekolah-sekolah Kumpulan B membuka sesi persekolahan bagi tahun akademik 2026 hari ini, menandakan penyelarasan semula kalendar pendidikan negara ke bulan Januari selepas beberapa tahun bermula lewat susulan penjajaran jadual akibat pandemik Covid-19 sejak 2020.

Kumpulan B melibatkan sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan .

Sekolah Kumpulan A di Kedah, dan Terengganu yang melibatkan hampir sejuta murid dan pelajar telah memulakan sesi persekolahan semalam.

Pelaksanaan semula jadual persekolahan pada awal tahun ini bertujuan menyelaraskan kembali kalendar pendidikan negara seperti sebelum ini, selain memberi tempoh pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara lebih teratur sepanjang tahun.

Selain itu, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 diteruskan tahun ini dengan agihan kepada 5.2 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dijangka diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini.

Di , Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Ahmad Suhaimi Endut berkata seramai 41,683 pelajar memulakan hari pertama persekolahan di semua sekolah rendah dan menengah.

juga mencatatkan pembukaan sekolah baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 15(1),” katanya kepada pemberita selepas menyantuni pelajar SMK Putrajaya Presint 18 (1).

Di PERAK, Pengarah Pendidikan Negeri Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata seramai 348,594 pelajar daripada 1,105 sekolah memulakan sesi persekolahan hari ini membabitkan 162,759 pelajar sekolah menengah dan 185,835 murid sekolah rendah di seluruh negeri.

“Jumlah itu termasuk 30,456 pelajar Tingkatan Satu, murid Tahun Satu seramai 29,172 serta murid prasekolah seramai 16,282,” katanya kepada pemberita selepas Program First Day At School di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Muzwin di Kuala Kangsar di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Ipoh mendapati kehadiran murid SK Tasik Damai telah disambut oleh maskot yang disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan sebagai inisiatif untuk menceriakan suasana hari pertama persekolahan.

– Bernama



Source link