Malaysia Oversight

Kalau tak mampu hujah, jangan jadi badut

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 2 minute
Kalau tak mampu hujah, jangan jadi badut


Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mengecam Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim yang digantung 10 hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas mencabar wakil rakyat lain untuk bertumbuk.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja tidak berakhlak tetapi turut memalukan rakyat Kedah dan mencalar imej Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

30bccc9e43e58321ee068d92739e4ba8

“Dewan Rakyat bukan gelanggang samseng, bukan gelanggang tinju atau tomoi. Ia medan berhujah, medan membina dasar untuk rakyat.

“Tetapi MP Pendang memilih untuk menjadi badut politik yang hanya tahu berlagak gagah, bila hujah tiada di dada.

“Pengundi pilih kamu wakili rakyat untuk masuk Parlimen bukannya untuk masuk gelanggang tinju atau tomoi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata perbuatan itu menjatuhkan maruah Awang sendiri, malah turut menyeret nama baik rakyat Kedah dan institusi diraja.

“Perbuatan tidak berakhlak ini bukan sahaja menjatuhkan maruah dirinya, tetapi mengheret sama nama baik rakyat Kedah dan Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah.

“Rakyat Kedah terkenal dengan sopan santun dan akal budi, malangnya imej itu dicalarkan oleh seorang wakil yang tidak tahu mengawal emosi sebaliknya menjadi pembuli politik,” katanya.

66a5d2f8b2584c68c782872feda89b36

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggantung Awang selama 10 hari di bawah Peraturan Mesyuarat 44(2) susulan dakwaan ancaman fizikal yang berlaku di Dewan Rakyat minggu lalu.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong membangkitkan isu keselamatan ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat, dengan menuduh Awang membuat ancaman fizikal.

Insiden itu didakwa berlaku ketika Awang dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer keluar dari Dewan Rakyat, selepas pertikaman lidah yang berakhir dengan teguran keras Johari terhadap kedua-duanya.

Keputusan terbaharu ini menandakan kali kelima Awang digantung daripada prosiding Dewan Rakyat dalam penggal semasa Kali terakhir dia digantung pada Disember lalu — juga selama 10 hari.

86903b3a7cf9cd38f150fe22836408da

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, Kedah tidak memerlukan “gengster politik” sebaliknya pemimpin yang berwibawa serta mampu berhujah di Dewan Rakyat.

“Kalau tidak mampu berhujah, jangan jadikan Parlimen gelanggang tinju atau tomoi,” katanya.

Pemimpin Amanah itu turut mengingatkan rakyat Kedah supaya menilai semula sikap pemimpin seperti itu yang menurutnya bertentangan dengan usaha membanteras budaya buli.

“Rakyat Kedah wajar menilai, adakah ini contoh pemimpin yang mahu mereka banggakan?

“Bagaimana nak ujudkan dasar benteras buli di kalangan pelajar kalau ahli parlimen sendiri berlagak seperti pembuli,” soalnya lagi.



Source link