Malaysia Oversight

‘Kalau kamu yakin boleh tegur Trump, jemputlah Netanyahu sekali’

By MkiniBM in October 6, 2025 – Reading time 3 minute
'Kalau kamu yakin boleh tegur Trump, jemputlah Netanyahu sekali'


Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini menegaskan bahawa mempunyai kewajipan moral untuk tidak menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald , ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata, perjuangan rakyat Malaysia dalam membebaskan Palestin lebih penting berbanding sebarang alasan ekonomi untuk mewajarkan jemputan ke Malaysia.

“Saya dan rakan-rakan PN membantah keras kehadiran ke Malaysia. Kita tahu bahawa keperluan untuk melindungi nilai dan mengimbangi pentadbiran negara. Tetapi, dalam soal ini, kita mempunyai pilihan.

“Kita mempunyai pilihan moral dan kewajipan untuk tidak mengundang Trump. Kalau beri alasan ekonomi, dan kalau itu logik, baik panggil Netanyahu sekali ke Persidangan Asean.

“Kalau kamu yakin kamu boleh tegur Trump, kemudian panggil Netanyahu sekali dan betulkan dia..logik songsang Madani ini, sebenarnya mengubah perjuangan pembebasan Palestin,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menjelaskan bahawa Malaysia selaku pengerusi Asean tahun ini mempunyai tanggungjawab menjemput semua rakan dialog ke sidang kemuncak berkenaan.

Menurut kerajaan, peluang itu akan digunakan untuk menyampaikan pendirian Malaysia mengenai isu Gaza kepada Trump.

dd6ec1b5e9c1a4140ff6b6db7ac98eb6

Walaupun Malaysia prihatin terhadap nasib Palestin, kerajaan berpendapat perlu menilai objektif di sebalik jemputan rasmi Asean kepada Trump.

Namun, Wan Fayhsal menolak penjelasan itu dengan alasan bahawa tiada presiden Amerika Syarikat dalam sejarah yang berjaya menghentikan kekejaman Israel, malah Trump sendiri disifatkan sebagai antara pihak yang membenarkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza berterusan.

Dakwa timbalan menteri luar kelirukan Dewan

Terdahulu, Wan Fayhsal yang juga Pengerusi Portfolio Hubungan Luar PN, mengesahkan akan merujuk Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ini susulan dakwaannya bahawa Mohamad telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila memberi kenyataan tidak tepat mengenai pendirian Hamas terhadap pelan damai yang dicadangkan Trump.

“Saya mengecam keras kenyataan terpesong yang dibuat oleh timbalan menteri luar. Apa yang beliau perkatakan tentang Hamas kononnya menerima pelan damai 20 perkara yang dikemukakan Trump, secara bulat-bulat adalah tidak tepat, malah mengelirukan dewan,” katanya.

1e8fe6887bca226f6de3f30321dae5ce

Menurut Wan Fayhsal, berdasarkan kenyataan rasmi Hamas, gerakan itu hanya menerima kira-kira sembilan daripada 20 tuntutan yang digariskan Trump.

“Ketika ini wakil Hamas sedang berada di Mesir sedang berunding dengan Israel. Apa yang Hamas secara umumnya bersetuju bahawasanya, pertukaran tahanan perang atau banduan, dan juga sebagai timbal balas, pengunduran tentera Zionis daripada Gaza dan juga kemasukan tanpa sebarang syarat bantuan makanan, perubatan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya Hamas tidak bersetuju dengan beberapa cadangan lain, termasuk soal pentadbiran Gaza dan pembubaran sayap ketenteraannya.

“Semua ini Hamas tak setuju dan hanya setuju pentadbiran Gaza diambil alih kelompok teknokrat daripada kalangan warga Palestin dan pengunduran peletakan senjata sayap ketenteraan Hamas hanya akan dilakukan kepada tentera Palestin yang sah ditubuhkan selepas perang.

“Bermakna Hamas tidak akan sesekali serah diri, berundur dengan maruah yang dipijak sebegini,” katanya.

Wan Fayhsal turut menunjukkan kenyataan rasmi Hamas dalam bahasa Arab sebagai bukti dan mengesahkan akan memfailkan rujukan terhadap Mohamad ke jawatankuasa berkenaan.

“Saya selaku ahli parlimen Machang akan merujuk timbalan menteri ke jawatankuasa hak dan kebebasan kerana mengelirukan dewan dengan mendakwa kononnya Hamas menerima kesemua 20 tuntutan dibuat oleh Trump,” katanya.

Terdahulu, Mohamad mengingatkan Wan Fayhsal supaya tidak “jadi lebih Hamas daripada Hamas”.

“Hamas menyambut baik rancangan 20 perkara yang diberikan oleh Trump. Jadi kenapa kita tak bantu, tak sokong pendirian ini?

“Janganlah kita cakap apa… jadi lebih Hamas daripada Hamas, ini apa pasal? Kita bantu, kita sokong, kita ingin mencapai perdamaian di Palestin,” kata Mohamad di Dewan Rakyat pagi ini.

Dia menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Wan Fayhsal berhubung isu Gaza, yang kecewa dengan penjelasan Mohamad sebelum ini mengenai jemputan kepada Trump.



Source link