Malaysia Oversight

Kajian Harvard Mendapati AI Menambah Produktiviti Di Tempat Kerja Hanya Untuk Seketika

By Amanz in February 10, 2026 – Reading time 1 minute
Di China, Chatbot AI Perlu Mengingatkan Pengguna Ia Bukan Manusia Setiap 2 Jam


Kajian Harvard Mendapati AI Menambah Produktiviti Di Tempat Kerja Hanya Untuk Seketika

February 10, 2026
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi mandatori di beberapa syarikat teknologi dengan ada CEO yang dipetik kegagalan menggunakan AI boleh menjadi sebab pekerja dibuang. Penggunaannya dalam industri penulisan, kajian akademik dan seni kreatif telahpun menyebabkan ribuan kehilangan kerja. Tetapi apakah sebenarnya impak penggunaan AI dalam kerja seharian?

Robot AI

Mengikut kajian Harvard Business Review di sebuah syarikat dengan 200 kakitangan selama lapan bulan, pada peringkat awal AI mendatangkan impak yang positif. Produktiviti meningkat dengan kakitangan menggunakan AI untuk melakukan pelbagai tugasan dengan lebih pantas.

Ada kakitangan sanggup bekerja lebih masa tanpa disuruh kerana teruja AI membolehkan mereka melakukan lebih bayak tugas seharian yang selama ini dirasakan mustahil. Mereka juga sanggup mengambil lebih banyak tanggungjawab berbanding skop asal pekerjaan.

Namun begitu peningkatan produktiviti ini tidak mampan. Sebaik sahaja keseronokan bereksperimen dengan AI berkurangan, pekerja mendapati beban kerja mereka telah bertambah dan mula tertekan akibat menguruskan semua perkara yang tiba-tiba menjadi tanggungjawab mereka.

Peningkatan beban kerja itu seterusnya boleh menyebabkan keletihan kognitif, keletihan dan kelemahan dalam membuat keputusan. Lonjakan produktiviti yang dinikmati pada mulanya telah berubah menjadi isu kualiti kerja yang lebih rendah, pertukaran pekerja dan pelbagai masalah lain.

Hakikatnya manusia masih bukan mesin dan penggunaan AI hanya meningkatkan produktiviti untuk tempoh yang pendek. Bekerja pada keamatan yang tinggi tidak boleh dilakukan berterusan.



Source link