Kadar Penggunaan Pembayaran Nirtunai Di Malaysia Cecah Sebanyak 75.6%
Amy Maizuraa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan bahawa sebanyak 75.6% rakyat Malaysia kini menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam urusan harian. Walaupun trend ini menunjukkan penerimaan teknologi yang positif, ia turut membuka ruang kepada penipuan digital yang semakin licik dan sukar dikesan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada sebelum melakukan sebarang transaksi, terutamanya ketika mengimbas kod QR. Semakan teliti terhadap maklumat penerima dan platform pembayaran amat penting bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Orang ramai juga digalakkan untuk mengenal pasti risiko atas talian dan bertindak segera sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan. Sebarang insiden perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa manakala maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran rasmi yang disediakan.
Sikap cakna ini bukan sahaja melindungi diri malah turut membantu membanteras jenayah siber secara bersama.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






