Malaysia Oversight

Kabinet Sabah atas mandat rakyat untuk pentadbiran stabil

By Utusan in December 2, 2025 – Reading time 2 minute
Mesyuarat pertama isu hak tuntutan 40 peratus Sabah Isnin depan


KOTA KINABALU: Kabinet Sabah dibentuk hari ini atas komitmen wakil parti yang terlibat untuk membentuk kerangka dan asas hala tuju negeri, selaras dengan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, walaupun tiada gabungan parti memperoleh majoriti mudah menubuhkan , namun mandat rakyat keluar mengundi jelas mengisyaratkan hasrat agar sebuah stabil dapat dibentuk untuk membawa perubahan lebih bermakna kepada negeri.

Katanya, dalam komposisi kerajaan campuran ini, dipilih tanpa mengira latar parti diingatkan supaya memastikan aspirasi rakyat Sabah dilaksanakan segera melalui pentadbiran yang stabil, inklusif dan berintegriti. 

“Meskipun kesemua lima Ahli Dewan Undangan Negeri () Bebas pernah menjadi pimpinan parti GRS sebelum hari penamaan calon, suara mereka kini atas kapasiti Bebas dilihat tetap signifikan dalam memastikan kestabilan politik serta menyumbang kepada pengukuhan pentadbiran negeri.

“Agenda mendahulukan dan mengutamakan hak serta kepentingan Sabah akan menjadi teras utama pentadbiran, sebagaimana yang termaktub dalam aku janji pilihan raya parti-parti dan yang terlibat dalam pembentukan kerajaan campuran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Armizan, Kabinet Negeri bertanggungjawab memaklumkan kepada rakyat mengenai kerangka dan asas agenda utama Sabah sebaik Mesyuarat Jemaah Menteri pertama dilaksanakan, termasuk keutamaan dasar yang akan digerakkan dalam tempoh terdekat.

Pada masa sama, katanya peranan ADUN pembangkang sebagai mekanisme semak dan imbang kekal penting dalam memperkukuh sistem demokrasi negeri.-UTUSAN





Source link