Malaysia Oversight

Just a moment…

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 2 minute
Just a moment...



image 78

Google Chrome Akan Mengaktifkan Tetapan Melayar Web Dengan Sambungan HTTPS Secara Lalai Bermula 2026

October 29, 2025
Google

Nazrin

Google baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pada Oktober 2025, apabila mereka memperkenalkan kemaskini Chrome 154 kelak, fungsi melayari laman web HTTPS sahaja seperti lalai akan dikuatkuasakan melalui pengaktifan tetapan “Always Use Secure Connections” secara lalai.

Dengan ciri ini diaktifkan, pelayar Chrome sentiasa akan bertanya jika anda mahu meneruskan pelayaran web apabila memasuki laman web yang tidak menggunakan protokol sambungan HTTPS. Ini termasuklah apabila anda mengetik pautan laman web yang tidak selamat.

Apabila pautan tidak menggunakan HTTPS, penggodam boleh merampas navigasi dan memaksa pengguna pelayar web memuatkan sumber penggodam secara sebarangan dan mendedahkan pengguna kepada perisian hasad, eksploitasi yang disasarkan atau serangan kejuruteraan sosial.

Tetapan “Always Use Secure Connections” ini telah diperkenalkan sejak 2022 dan telah membantu pengguna pelayar web Google Chrome untuk memastikan bahawa mereka hanya melayari laman web HTTPS yang selamat untuk mereka yang memilih untuk mengaktifkannya.

Laporan ketelusan web Google mengatakan bahawa 95-99 peratus daripada laman web di internet sekarang sudahpun menggunakan sambungan HTTPS. Akan tetapi, untuk memastikan bahawa pengguna internet selamat daripada serangan godaman melalui laman web HTTP, Google membuat keputusan untuk memasang tetapan “Always Use Secure Connections” diaktifkan secara lalai.

Jika anda seorang pengguna pelayar web Chrome yang mengaktifkan ciri Enhanced Safe Browsing, tetapan aktif lalai “Always Use Secure Connections” akan dipasang secara automatik apabila kemaskini Chrome 147 diperkenalkan pada April 2026.

Google Security Blog

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link