Malaysia Oversight

Juri Florida dapati Ryan Routh bersalah cuba bunuh Trump

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 1 minute
Juri Florida dapati Ryan Routh bersalah cuba bunuh Trump


Juri di Florida mendapati Ryan Routh bersalah pada Selasa kerana cuba membunuh Donald setahun lalu di sebuah padang golf, lapor Xinhua.

Cubaan membunuh calon presiden Parti Republikan ketika itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya November 2024, dan dua bulan selepas satu lagi cubaan bunuh di Pennsylvania apabila telinga cedera terkena tembakan.

d8f859f3954c3e4486cb210de9394e30

Routh, 59, disabitkan kesalahan cubaan membunuh seorang calon presiden utama, menyerang pegawai persekutuan, serta tiga kesalahan berkaitan senjata api persekutuan susulan insiden pada 15 Sept 2024. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup pada prosiding hukuman akan datang.

Hakim Aileen Cannon dari Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Daerah Selatan Florida mengendalikan perbicaraan itu, di mana Routh bertindak sebagai peguam bela bagi dirinya sendiri.

“Keputusan bersalah hari ini terhadap Ryan Routh, yang cuba membunuh , menggambarkan komitmen Jabatan Kehakiman untuk menghukum mereka yang terlibat dalam keganasan politik,” kata Peguam Negara AS Pamela Bondi dalam satu kenyataan.

Trump pula menyifatkan keputusan itu sebagai “satu detik besar untuk Keadilan di Amerika” menerusi satu hantaran di media sosial.

– Bernama-Xinhua



Source link