KHARTOUM: Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan terus mencetuskan gelombang pelarian baharu selepas melancarkan serangan kejam di bandar el-Fasher, wilayah Darfur, yang menyaksikan ribuan orang terbunuh dan kehilangan tempat tinggal. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan yang dikeluarkan lewat Ahad lalu memberi amaran tentang kesan kemanusiaan yang semakin parah apabila serangan berterusan memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing. RSF yang diketuai Mohamed Hamdan Dagalo atau lebih dikenali…






