Malaysia Oversight

Jumlah mangsa banjir di lima negeri terus meningkat

By MkiniBM in November 24, 2025 – Reading time 2 minute
Jumlah mangsa banjir di lima negeri terus meningkat


Jumlah mangsa banjir di lima negeri terjejas setakat 4 petang ini menunjukkan trend meningkat.

Peningkatan direkodkan di , Pulau Pinang, Perak, dan Kedah manakala mangsa di Terengganu menurun.

Di , mangsa banjir meningkat kepada 9,634 daripada 3,515 keluarga petang ini berbanding 8,248 orang direkodkan pagi tadi.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan 38 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat jajahan, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Sementara itu, Infopublic Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air dua sungai utama menunjukkan trend menaik dan telah melepasi tahap waspada.

Sungai Melor, Bachok merekodkan paras air 7.68 meter (m) melepasi tahap waspada 7m pada 3 petang manakala paras air Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas ialah 7.49 m, iaitu 0.49 m melebihi had waspada.

Di PULAU PINANG jumlah mangsa banjir petang ini ialah 404 mangsa daripada 104 keluarga di empat PPS meningkat berbanding 237 mangsa pagi tadi.

lnfobencana JKM setakat 2.16 petang memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi dalam mukim Permatang Berangan, Daerah Seberang Perai Utara menempatkan paling ramai mangsa iaitu 161 mangsa daripada 47 keluarga diikuti Pusat Pemindahan Desa Puri dengan 108 mangsa daripada 28 keluarga.

“Sebanyak 85 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di PPS SK Pengkalan Jaya manakala PPS di Daerah Seberang Perai Tengah iaitu SK Permatang Pasir menempatkan 50 mangsa daripada 11 keluarga,” menurut maklumat laman sesawang itu.

Situasi sama berlaku di PERAK apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,415 mangsa daripada 440 keluarga petang ini berbanding 900 mangsa daripada 290 keluarga di 20 PPS di daerah Manjung, Perak Tengah, Larut, Matang dan Selama serta Hilir Perak.

– Bernama



Source link