Malaysia Oversight

Jumlah keluar undi rendah bukti ramai pengundi tidak mahu UMNO-DAP

By Utusan in April 28, 2025 – Reading time 2 minute
Jumlah keluar undi rendah bukti ramai pengundi tidak mahu UMNO-DAP


PORT DICKSON: Perikatan Nasional (PN) mendakwa peratusan keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini menunjukkan pengundi tidak mahu terhadap gabungan dan DAP.

 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga berkata, walaupun Barisan Nasional () menang pada pilihan raya berkenaan namun jumlah 18,000 undi disasarkan parti itu yang tidak berjaya dicapai menunjukkan kerjasama dan DAP masih belum diterima pengundi.

 

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menambah, situasi tersebut berbeza dengan PN yang berjaya mengekalkan jumlah undi seperti pilihan raya umum (PRU) 2022.

 

“Kalau kita tengokkan keputusan PRK Ayer Kuning, saya bagi pihak PN kami berasa bangga kerana kita dapat mengekalkan jumlah pengundi yang kita terima dalam pilihan raya yang lepas.

 

“Kalau dibandingkan dengan mereka yang menguar-uarkan bahawa mereka () akan mendapat lebih kurang 18,000 gabungan dan DAP, akhirnya mereka tidak mencapai angka tersebut.

 

“Mengapa ia berlaku? mereka menyatakan kerana jumlah keluar mengundi menurun, menurun sebab apa? mungkin orang tidak mahu keluar untuk mengundi, Ini membuktikan bahawa ramai pengundi-pengundi tidak mahu akan gabungan UMNO dan  DAP,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Pelancaran Tabung Bersatu Port Dickson, di sini, malam semalam.

 

Hamzah bagaimanapun berkata, penyokong yang tidak keluar mengundi itu tidak dapat dipastikan sama ada ia datang daripada pengundi DAP ataupun pengundi UMNO.

 

Keputusan PRK DUN Ayer Kuning yang diumumkan Sabtu lalu menyaksikan calon , Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, menang dengan majoriti 5,006 undi selepas meraih 11,065 undi secara keseluruhan.

 

Beliau menewaskan calon PN dari , Abdul Muhaimin Malek, 44, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

 





Source link