Malaysia Oversight

JPM nafi keluar larangan telefon pintar untuk kanak-kanak bawah 16 tahun

By MkiniBM in October 27, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan mengeluarkan sebarang dokumen untuk menguatkuasakan perintah larangan penggunaan telefon pintar bagi individu di bawah umur 16 tahun.

JPM berkata dokumen yang dikatakan sedang tular di WhatsApp itu palsu dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkannya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Ibrahim dilaporkan berkata sedang meneliti cadangan melarang penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar berumur 16 tahun ke bawah bagi membendung pengaruh negatif media sosial dan permainan dalam talian.

berkata langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan terhadap kesan ketagihan serta kecenderungan kepada perilaku jenayah akibat pendedahan berlebihan terhadap kandungan digital.

“Penelitiannya masih lagi dibuat, tapi banyak negara telah melaksanakan. (Buat masa ini) masih mengizinkan telefon dalam kalangan anak-anak. Tetapi, saya fikir kita harus tegas dalam hal ini,” katanya.

Bagaimanapun, banyak pihak termasuk pakar berpendapat bahawa larangan penggunaan media sosial mungkin tidak menyelesaikan masalah dan pendekatan yang lebih berkesan ialah mendidik golongan muda tentang cara mengurus emosi yang kompleks.

Bagaimanapun, banyak pihak termasuk pakar berpendapat bahawa larangan penggunaan media sosial mungkin tidak menyelesaikan masalah.

Pengarah dasar awam Meta bagi Asia Tenggara, Rafael Frankel pada 23 Okt lalu berkata usaha melindungi keselamatan remaja dalam talian tidak seharusnya terhad kepada media sosial semata-mata, tetapi perlu meliputi keseluruhan ekosistem digital termasuk permainan video, platform penstriman, dan aplikasi pendidikan.

Menurutnya cadangan larangan penggunaan media sosial bagi remaja jika dilaksanakan boleh membawa kesan sebaliknya apabila mendorong golongan muda ke platform lain yang lebih berisiko.

“Jika anda melarang media sosial untuk remaja, ke mana mereka akan pergi? Mereka akan beralih ke platform permainan yang jauh kurang selamat dan mempunyai kawalan yang lebih lemah. Mereka tidak akan terus berhenti berada dalam talian,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times hari ini.

“Mereka akan pergi ke platform lain yang tidak dikawal dengan baik, yang tiada ciri keselamatan, di mana orang yang tidak dikenali — termasuk orang dewasa — boleh menghubungi mereka dan mengadakan perbualan tidak selamat tanpa kawalan ibu bapa.

“Bagaimana itu boleh membawa hasil yang lebih baik untuk anak-anak kita,” soalnya ketika ditemui pemberita di sela-sela Dialog Digital Amerika Syarikat–Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Meta syarikat induk kepada platform media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp.



Source link