Malaysia Oversight

JPJ – Undang-Undang Pemakaian Tali Keledar Untuk Semua Penumpang Kereta Persendirian Akan Dikuatkuasakan Kelak

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
JPJ – Undang-Undang Pemakaian Tali Keledar Untuk Semua Penumpang Kereta Persendirian Akan Dikuatkuasakan Kelak


Sempena pelancaran kempen Klik Sebelum Gerak yang dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli telah mengesahkan bahawa mereka akan menguatkuasakan undang-undang pemakaian tali keledar untuk semua individu yang menaiki kenderaan persendirian, termasuklah mereka yang duduk di tempat duduk belakang sebuah kereta.

Beliau mengatakan bahawa JPJ akan menggunakan kempen Klik Sebelum Gerak ini untuk memberi orang ramai pendedahan awal tentang keperluan untuk semua penumpang memakai tali keledar apabila didalam kereta, walaupun mereka duduk di tempat belakang.

image 38

Beliau tidak memberi sebarang kata putus tentang bilakah penguatkuasaan ini akan berlaku, tetapi untuk masa yang terdekat ini, pihak JPJ akan memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang tidak mengikuti undang-undang ini tentang kewajipan memakai tali pinggang keledar apabila berada dalam kereta bergerak.

Apabila dikuatkuasakan kelak, individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan saman RM300 dibawah Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019)

Ini berikutan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar didalam bas-bas persiaran dan ekspres yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Julai 2025 untuk bas yang dibangunkan selepas tahun 2020, manakala bas-bas yang dibangunkan sebelum tahun tersebut akan diberi masa untuk memasang tali pinggan keledar pada tempat-tempat duduk mereka.

Bernama



Source link