Malaysia Oversight

‘Jika tak ikut tujuan asal, lagi baik MP lompat sana-sini, depan, gostan’

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 2 minute
'Jika tak ikut tujuan asal, lagi baik MP lompat sana-sini, depan, gostan'


PARLIMEN | Ronald Kiandee (PN-Beluran) mempersoalkan kegagalan untuk menegakkan maksud sebenar undang-undang antilompat parti.

Ini susulan keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi bagi enam ahli parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada .

Kiandee mengimbas kembali bahawa undang-undang itu – melalui Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan – telah diluluskan sebulat suara tiga tahun lalu selepas desakan daripada ahli parlimen pembangkang ketika itu.

“Ianya adalah atas desakan kumpulan sana yg ketika berada di sini, yang ketika itu mereka berada dalam pembangkang dan dijadikan sebagai satu intipati penting di dalam memorandum persetujuan sokongan terhadap YAB Bera ketika itu (Ismail Sabri Yaakob),” katanya berucap dalam Dewan Rakyat hari ini.

dd6f1dd4e4d0c0ca6a0da82f59724940

Namun begitu, Kiandee mengkritik tindakan Johari yang tidak mengosongkan kerusi enam ahli parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada semasa.

“Pihak kami mencabar di mahkamah dan semalam diputuskan bahawa kita tidak boleh mencabar keputusan speaker bukan kerana atas fakta, tapi atas perkara Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu melindungi keputusan speaker daripada disoalkan di parlimen, mahkamah speaker kerana speaker tidak terdedah kepada cabaran mahkamah kerana immunity berdasarkan (Perlembagaan Persekutuan, yang melindungi keputusan Yang di-Pertua daripada semakan kehakiman),” katanya.

Dia kemudian menyoal jika parlimen kini berpuas hati dengan keputusan tersebut dan sama ada ia mencerminkan tujuan asal undang-undang itu atau tidak.

“Saya ingin tanya, adakah parlimen ini bersorak-sorai, bergembira terhadap apa yang berlaku dengan akta antilompat parti yang kita gubal di parlimen ini, yang tujuan dan matlamatnya adalah untuk menghalang ahli-ahli parlimen daripada melompat parti,” soalnya.

Ronald menegaskan jika tafsiran semasa tidak mencerminkan hasrat asal badan perundangan maka tindakan mesti diambil untuk memenuhi maksud sebenar undang-undang itu.

“Kalau tidak, lagi baik kita mansuhkan undang-undang itu dan biarkan orang di sini melompat sana, orang dari sana melompat sini, melompat ke hadapan atau melompat gostan,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link