Malaysia Oversight

‘Jika ini bukan perkauman, maka apa lagi?’

By MkiniBM in August 8, 2025 – Reading time 2 minute
‘Jika ini bukan perkauman, maka apa lagi?’


Seorang pemimpin parti kaum India menyelar Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana mempertahankan ketiadaan acara seni bela diri India  silambam dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P Ramasamy berkata Yeoh tidak patut menuduh orang lain mempolitikkan isu dan bertindak bersikap seolah-olah kementerian tiada kuasa.

“Jika negeri tuan rumah () boleh memilih sukan secara sewenang-wenangnya, maka apa gunanya kita mempunyai Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh seorang menteri persekutuan?” soalnya.

Yeoh semalam menggesa orang ramai agar tidak menjadikan pengecualian silambam daripada Sukma 2026 sebagai isu perkauman dan menegaskan bahawa keputusan itu hak mutlak negeri penganjur.

63ec814408dcc503c9d540ce1d8d7282
Hannah Yeoh

Mengakui kecewa berikutan pengecualian acara itu, dia menegaskan bahawa terdapat juga beberapa sukan lain yang tidak disenarai.

Dilaporkan sebanyak  34 jenis sukan akan dipertandingkan termasuk tambahan n e-sukan, catur, kriket dan kabaddi.

Dalam kenyataan hari ini, Ramasamy juga menolak pembelaan “ada sukan lain juga dikecualikan”.

“Silambam bukan sekadar sukan — ia adalah warisan berabad-abad lamanya dan sumber kebanggaan masyarakat India. 

“Pengecualiannya tidak boleh dianggap sebagai perubahan rutin dalam senarai acara,” katanya.

“Jika ini bukan isu perkauman, maka apa lagi?” 

2a5b1ee94a22776f5422236edbf76e71

Ramasamy sebaliknya berhujah, tindakan tuan rumah acara yang sebenarnya “berbau diskriminasi kaum”. 

“Ini merupakan satu lagi tamparan terhadap komuniti yang sudah lama menghadapi hak yang terhakis.  

“Malah dalam sukan pun, diskriminasi masih berlaku — menghapuskan warisan India di sebalik alasan pentadbiran,” katanya sambil menggesa Yeoh menentang perkauman dalam sukan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas berkaitan pengguguran sukan itu dari Sukma.



Source link