Malaysia Oversight

Jepun belasah M’sia 16-0 kelayakan Piala Asia Wanita B-20

By MkiniBM in August 8, 2025 – Reading time 1 minute
Jepun belasah M'sia 16-0 kelayakan Piala Asia Wanita B-20


Skuad wanita bawah 20 tahun Malaysia mengalami kekalahan besar apabila dibelasah 16-0 oleh Jepun dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 yang berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos 2025.

Perlawanan yang berlangsung penuh dominasi itu menyaksikan pemain Jepun, Anon Tsuda meledak empat gol pada minit ke-4, 23, 30 dan 60. Rakan sepasukannya, Mao Itamura turut mencetak hatrik (14′, 16′, 34′), manakala Asako Furuta menyumbang tiga gol (45’+1′, 46′, 90’+4′).

Turut mencatat nama sebagai penjaring ialah So Kijoma (53′, 59′, 89′), Sawa Tsuge (64′) dan Yuka Kurimoto (69′, 78′).

Kekalahan ini menjadi antara yang paling besar dalam sejarah penyertaan skuad wanita negara di peringkat umur remaja, sekaligus mencerminkan jurang besar kualiti dan pengalaman antara kedua-dua pasukan.



Source link