Malaysia Oversight

Jensen Huang- China Akan Memenangi Perlumbaan AI Dengan Amerika Syarikat

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 2 minute
Amerika Tarik Kebenaran Intel, Samsung dan SK Hynix Menggunakan Mesin Menghasilkan Cip di China.


Jensen Huang- Akan Memenangi Perlumbaan AI Dengan Amerika Syarikat

November 6, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Siapakah yang akan memenangi perlumbaan kecerdasan buatan? Jika anda bertanya soalan ini kepada CEO NVIDIA Jensen Huang, beliau mengatakan akan memenanginya dan mengalahkan Amerika Syarikat. Ini adalah menurut jawapan yang diberikan oleh beliau dalam temubual bersama Financial Times.

Faktor yang mendorong kejayaan ini ialah kos tenaga yang lebih rendah serta kurangnya peraturan mengenai pembangunan AI di . Minggu ini China dilaporkan akan memberikan potongan kos tenaga sehingga 50% sekiranya syarikat tempatan menggunakan cip AI buatan tempatan dan tidak membeli cip keluaran NVDIA. pula dipetik berkata cip paling berkuasa NVIDIA Blackwell tidak seharusnya dijual kepada negara lain dan sebaliknya diberikan kepada syarikat tempatan terlebih dahulu.

Perang Chip Cip China Amerika

Halangan untuk syarikat China membeli cip paling berkuasa NVIDIA diperkenalkan oleh Presiden Biden yang memastikan kelebihan Amerika Syarikat dalam teknologi AI tidak akan dicabar. Ramai menyangka ini akan melumpuhkan kemampuan China tetapi sebaliknya berlaku.

China melakukan pelaburan besar ke dalam sektor semikonduktor tempatan. Cip keluaran Huawei dan Cambricon kini boleh ditawarkan kepada pelanggan. Dari segi kuasa memproses ia dikatakan setanding dengan NVIDIA cuma penggunaan tenaga lebih tingi. Menerusi subsidi , ini tidak lagi menjadi isu.

China juga memilih pendekatan pembangunan AI yang berbeza dengan Amerika. Jika Amerika membangunkan dan menggunakan cip yang lebih berkuasa setiap tahun, saintis China seperti di DeepSeek dan Alibaba Cloud membangunkan teknik latihan AI yang lebih dioptimasi. Alibaba Cloud misalnya mengurangkan penggunaan GPU NVIDIA sehingga 82% untuk melatih model.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link