Jeff Bezos Menyasarkan Pusat Data Di Angkasa Dalam Tempoh Sekitar 20 Tahun Akan Datang
Aman
Jeff Bezos, pengasas Amazon kini menyasarkan kita mungkin melihat pusat data dibina di angkasa dalam tempoh sekitar 10 ke 20 tahun akan datang, sekaligus memperlihatkan ia beroperasi dengan lebih baik berbanding di Bumi.

Ini termasuk untuk penyejukkan, dan juga penggunaan tenaga terus melalui integrasi tenaga solar. Pada hari ini, salah satu cabaran dalam pembinaan pusat data adalah memerlukan lokasi yang mempunyai penawaran tenaga dan air yang mencukupi untuk sesuatu pusat data.
Jeff Bezos menyasarkan kita akan beralih kepada penggunaan infrastruktur di angkasa dalam terus menambah-baik kualiti hidup di Bumi. Namun, seperti biasa, ia akan mempunyai cabaran tersendiri, termasuk dari segi penyelenggaraan dan penambah-baikkan, selain kos untuk membawanya ke angkasa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






