KUALA NERUS: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila berpesta gol membelasah Terengganu FC (TFC) 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam ini. Jaringan hatrik Jairo Da Silva dan masing-masing daripada Bergson Da Silva serta Romel Morales memastikan skuad bimbingan Xisco Munoz meraih kemenangan kesembilan berturut-turut sekali gus mengumpul 27 mata di puncak liga. Berkunjung ke laman lawan, skuad Harimau Selatan tidak menunggu…






