Malaysia Oversight

Jangan toleh belakang, terus mara

By MkiniBM in January 7, 2026 – Reading time 2 minute
Jangan toleh belakang, terus mara


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Shahidan Kassim tampil memberi kata-kata semangat kepada Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh, susulan bayangan pemimpin itu mengenai kemungkinan untuk mengundur diri daripada jawatannya.

Shahidan yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pusat menyeru Akmal agar tidak menoleh ke belakang, sebaliknya terus bergerak ke hadapan meskipun berdepan ujian besar.

“Akmal, bila kita gerak ke hadapan, kita maju. Tidak boleh toleh belakang. Ujian Allah SWT besar. Terima dengan sabar. Insya-Allah kita menang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Kenyataan Shahidan itu dilihat sebagai respons langsung kepada hantaran Akmal di Facebook yang memberi bayangan untuk berundur selepas Presiden , Ahmad Zahid Hamidi, menolak gesaannya supaya Umno keluar daripada Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Ibrahim.

Dalam hantaran berkenaan, Akmal berkata dia sudah melakukan usaha sehabis baik dan menyampaikan pendiriannya, namun mengakui kemungkinan kelemahan datang daripada dirinya sendiri.

dc82a960bfac14b4e89155820f1fca01

“Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” kata Akmal, sambil menegaskan niat perjuangannya adalah demi agama, bangsa dan tanah air.

Perkembangan itu berlaku selepas Pemuda Umno mengadakan konvensyen khas pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Akmal secara terbuka menggesa Umno keluar daripada dan bergabung dengan sebagai pembangkang.

Difahamkan, pendirian itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik Umno pada malam Isnin, namun Zahid kemudiannya menegaskan tiada keputusan dibuat berhubung agenda Pemuda Umno, selain menekankan bahawa Umno dan BN akan kekal bersama kerajaan Madani sehingga tamat penggal.

Zahid juga secara terbuka mengingatkan Umno agar tidak bekerjasama semula dengan , dengan merujuk pengalaman pahit Muafakat Nasional (MN) apabila parti itu “dipatuk ular yang sama” sebelum ini.

e915a5717adc4b406f14ff4036f95505

Kenyataan Shahidan hadir dalam konteks landskap politik pembangkang yang masih bergolak, khususnya susulan ketegangan antara PAS dan Bersatu berkaitan krisis politik di Perlis, serta peletakan jawatan Yassin sebagai pengerusi PN.

Walaupun ketegangan antara PAS dan Bersatu dilihat mereda, minat sebahagian pemimpin PAS untuk menghidupkan semula MN dengan Umno masih belum reda, sekali gus menambah lapisan kompleks kepada dinamika politik semasa.

Dalam suasana itu, mesej Shahidan kepada Akmal dilihat bukan sekadar nasihat peribadi, tetapi turut mencerminkan isyarat politik PAS kepada pemimpin muda Umno yang kini berada di persimpangan antara pendirian prinsip dan realiti kuasa.



Source link