Malaysia Oversight

‘Jangan spekulasi’, SPRM panggil Shamsul, Tei dalam masa terdekat

By MkiniBM in November 26, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dakwaan rasuah melibatkan bekas Setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua pesuruhjayanya Azam Baki memberi ruang diberikan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul kenyataan dan bukti berkaitan dakwaan tersebut.

Tei, yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, semalam mendakwa memberikan RM629,000 kepada Shamsul selepas diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Shamsul meletakkan jawatan tidak lama selepas Malaysiakini meminta komennya berkaitan dakwaan itu tetapi mendakwa terdapat percubaan menyerangnya untuk merosakkan imej .

b5671fa5a146ea6a4a4be757322c3547

Dalam kenyataan sebentar tadi, Azam juga berkata mereka akan segera menyiasat dakwaan ahli perniagaan Albert Tei memberi rasuah kepada Shamsul.

“SPRM akan memanggil individu yang membuat dakwaan, Albert Tei, dan individu yang dituduh, Datuk Seri Shamsul Iskandar, dalam masa terdekat untuk mendapatkan kenyataan mereka.

“Selain itu, SPRM akan memanggil semua pihak lain yang berkaitan bagi tujuan mengumpul bukti yang diperlukan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Perdana Menteri Ibrahim berkata SPRM bebas menyiasat sebarang dakwaan yang timbul berkaitan bekas pegawai kanannya itu.

9335727c696d4b2137090bb7350763db



Source link