PETALING JAYA: ‘Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak’. Demikian peringatan tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipercayai merujuk kenyataan yang dimuat naik oleh pemimpin DAP, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan di rumah sebagai tidak sah. Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO bukan sahaja melahirkan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah, bahkan kesal dengan…






