Malaysia Oversight

Jangan salahkan BN, tanya sendiri kenapa MCA tinggal dua kerusi

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan salahkan BN, tanya sendiri kenapa MCA tinggal dua kerusi


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Mohd Puad Zarkashi membidas kepimpinan MCA susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu yang didakwa cuba meletakkan kesalahan kepada atas kemerosotan sokongan terhadap parti berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, Puad menegaskan bahawa MCA perlu bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri mengapa sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu terus merosot sehingga hanya memenangi dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Dakwaan Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon bahawa ahli mereka rasa ragu dan kecewa memang wajar.

“Kita bersimpati dengan MCA. Tetapi MCA jangan salahkan .

“Kenapa masa PRU15 MCA hanya menang dua kerusi? Itu pun ketika bertanding solo, belum lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH),” tambah Puad.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda MCA Johor, Heng Zhi Li, yang mendakwa kerjasama BN-PH menjejaskan masa depan , sebagai “dangkal”.

Menurut Puad, telah mengalami kekalahan teruk pada PRU14, namun tidak pula menyalahkan BN atau sekutunya ketika itu.

“Umno bangkit semula. Untuk tuduh Umno merosot, lihatlah tiga PRK di Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning. Sebab itu MCA perlu tabah,” katanya.

Malaysiakini pada Isnin lalu melaporkan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon menggesa parti itu untuk menentukan masa depannya sendiri jika BN terus menangguhkan keputusan yang jelas mengenai hala tuju mereka.

876f7f53096ca6cf53aa40896dd018a0

Bercakap pada pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian MCA Selayang 2025 Ahad lalu, malam tadi, Chong berkata MCA memberi BN lebih dari dua tahun untuk penyusunan semula selepas PRU15, tetapi ketidakpastian yang berterusan dalam keputusan BN menyebabkan ahli MCA berasa ragu-ragu dan kecewa.

Jika BN masih gagal memberikan arah tujuan yang jelas, MCA perlu mengambil inisiatif untuk menentukan haluan mereka sendiri, katanya

Mengulas lanjut, Puad turut membidas tindakan MCA menarik diri daripada bertanding dalam enam pilihan raya negeri tahun lalu sebagai tindakan merajuk.

Katanya, MCA sepatutnya menumpukan perhatian kepada peranan dan jawatan yang disandang di negeri-negeri seperti Johor, Melaka, Perak dan Pahang.

“Buktikan MCA cemerlang untuk tarik balik sokongan rakyat,” katanya.

Puad menegaskan bahawa Umno akan terus mempertahankan BN sebagai sebuah gabungan pelbagai kaum, dengan MCA, dan rakan-rakan lain kekal sebagai sekutu penting.

9a57689ec3eac4895053e35d6b3c2656

Tambahnya lagi, kerjasama BN dan PH adalah untuk menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

“BN mesti membuktikan ia mendengar nasihat Raja-Raja Melayu, komited dan kekal sederhana. Itulah hala tuju yang jelas,” katanya lagi.



Source link