Malaysia Oversight

‘Jangan melampaui batas’ – Ramli tegur MP PAS bahas isu kaum

By MkiniBM in October 23, 2025 – Reading time 3 minute
‘Jangan melampaui batas’ - Ramli tegur MP PAS bahas isu kaum


PARLIMEN | Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor menegur Ahli Parlimen , Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) agar tidak “melampaui batas” ketika bercakap mengenai isu perkauman.

Ramli menegaskan dia akan melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan peraturan Dewan Rakyat tanpa mengira pihak mana yang melanggarnya.

Teguran itu dibuat semasa perbahasan Belanjawan 2026 apabila Marzuk menyentuh isu jurang pendapatan dan kadar pemilikan rumah yang rendah dalam kalangan masyarakat bumiputera serta penyusutan tanah rizab Melayu.

“Jurang ini, jika tidak ditangani secara berani akan menjadi api kecil yang membakar keyakinan rakyat terhadap konsep keseimbangan nasional yang menjadi asas negara.

d90a5cc0ccf3ad099e37d1957487d785

“Ada yang menimbulkan kontroversi apabila saya menulis bahawa kita harus belajar daripada sejarah Palestin.

“Mereka yang mengkritik ini membaca dengan emosi, bukan dengan ilmu.

“Saya ingin tegaskan dalam Dewan ini, perbandingan ini bukan tentang perang, bukan tentang agama, bukan tentang kebencian, tetapi tentang pengajaran kehilangan kuasa dan tanah apabila bangsa sendiri menjadi leka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu mencetuskan bantahan daripada RSN Rayer (PH–Jelutong) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(10)(c) terhadap Marzuk kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan permusuhan antara kaum.

dfb18130e640d52691f3f929c5961453

Namun, Ramli menolak bantahan itu dengan berkata Marzuk belum melanggar peraturan Dewan Rakyat.

Selepas itu, Howard Lee (PH–Ipoh Timor) pula membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12) terhadap Marzuk kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Lee mendakwa Marzuk dalam penulisannya sebelum ini telah menyamakan bukan dan bukan Melayu dengan Zionis Israel.

Pada 20 Oktober lalu, Marzuk menerusi hantaran di Facebook berkongsi petikan ucapannya di Pengkalan Chepa, apabila dia menyeru umat supaya belajar daripada sejarah Palestin dan mendakwa “tanda-tanda perkara sama sedang berlaku” di Malaysia.

77598df3c365f522e3c2f3e598889c1e

Bidang ekonomi kini semakin dikuasai oleh bukan dan bukan bumiputera. Gedung-gedung besar, syarikat utama, dan tanah-tanah strategik sudah lama keluar dari genggaman umat Islam.

“Kini langkah mereka telah sampai ke , menggubal undang-undang, menulis akta, dan perlahan-lahan menata peta kuasa politik negara ini.

“Sejarah Palestin sedang menulis babak baharunya di bumi Malaysia jika kita terus lena,” kata Ahmad Marzuk sambil mengaitkan fenomena itu dengan perjuangan politik .

Ramli sekali lagi menolak usul Lee dengan alasan dia belum menemui sebarang perkataan yang boleh dianggap mengelirukan Dewan Rakyat.

Selepas itu, Awang Hashim (PN–Pendang) bangun mempertahankan Marzuk.

“Saya tengok sebenarnya ini hanya peringatan mesra daripada (ahli parlimen) Pengkalan Chepa supaya kita semua tidak menjadi seperti Zionis Israel…jual tanah semua, beli tanah, akhirnya akan berakhir dengan genosid,” katanya.

Kenyataan Awang itu mencetuskan kekecohan apabila Howard Lee, Rayer dan Ramkarpal Singh (PH–Bukit Gelugor) segera membantah.

Ramli kemudian menjelaskan bahawa walaupun dia belum melihat sebarang kenyataan yang “melampaui batas”, dia akan bertindak sekiranya mana-mana ahli parlimen berbuat demikian.

“Tapi setakat ini, saya nak pastikan benda ini berjalan, kalau katakan he cross the line (langgar peraturan), saya sendiri akan halang,” katanya.

Ramli berkata ahli parlimen diberi ruang bercakap bebas namun tetap ada had dan garis panduan.

“Garis panduan saya perhati, kalau you cross the line (melampaui batas) saya sendiri akan halang,” katanya.


Laporan oleh: Zarrah Morden & Alyaa Alhadjri



Source link