Malaysia Oversight

Jangan jadikan kematian mangsa buli senjata politik, kata PM

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Jangan jadikan kematian mangsa buli senjata politik, kata PM


Perdana Menteri Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan kematian mangsa buli sebagai senjata politik.

yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan menggunakan kematian mangsa buli untuk tujuan penipuan dan hasutan adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Soal media sosial ini, kita kawal (tapi) ada batasnya. Umpamanya yang terbaru, seseorang yang kata dia itu doktor patologi bagi gambaran (bedah siasat Zara Qairina Mahathir) dan ini meracuni pemikiran jutaan orang sehingga ada rakan, isteri, sahabat bertanya PM (Perdana Menteri) apa ini?

“Orang itu (Zara Qairina) dah terkorban, kemudian kita jadikan ini sebagai satu senjata politik untuk menikam orang lain. Kalau benar tak apa, mana boleh kita mainkan (isu ini) seolah kematian orang itu (digunakan untuk) menipu dan menghasut sebegitu rupa,” katanya.

berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di hari ini.

-Bernama



Source link