Malaysia Oversight

‘Jangan jadi lebih Hamas dari Hamas’

By MkiniBM in October 6, 2025 – Reading time 2 minute
'Jangan jadi lebih Hamas dari Hamas'


PARLIMEN | Kementerian Luar hari ini mengingatkan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya tidak “jadi lebih Hamas daripada Hamas”.

Ini selepas pemimpin Bersatu itu terus menekan membatalkan jemputan Malaysia kepada Presiden AS Donald ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur.

“Hamas menyambut baik rancangan 20 perkara yang diberikan oleh . Jadi kenapa kita tak bantu, tak sokong pendirian ini?

“Janglah kita cakap apa… jadi lebih Hamas daripada Hamas, ini apa pasal? Kita bantu, kita sokong, kita ingin mencapai perdamaian di Palestin,” kata Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin di Dewan Rakyat pagi ini.

Dia menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Wan Fayhsal berhubung isu Gaza, yang kecewa dengan penjelasan Mohamad sebelum ini mengenai jemputan kepada .

Mohamad berkata Malaysia, sebagai pengerusi Asean tahun ini, mempunyai tanggungjawab untuk menjemput semua rakan dialog Asean ke sidang kemuncaknya dan ia akan mengambil peluang untuk menyatakan pandangan Malaysia mengenai Gaza kepada Trump.

Wan Fayhsal berkata dia tidak bersetuju dengan penjelasan itu kerana tidak ada presiden AS dalam sejarah yang dapat menghentikan kekejaman Israel, dan Trump bertanggungjawab membenarkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza berterusan.

Dalam responsnya kepada ahli parlimen Bersatu itu, Mohamad berkata walaupun Malaysia prihatin dengan situasi di Palestin, mereka juga perlu melihat objektif di sebalik jemputan Asean kepada Trump.

“Ya kita prihatin dengan apa yang berlaku di Palestin, tapi faedah dan juga hubungan dagang kita, hubungan pelaburan Asean dan juga AS cukup besar.

“Dan Malaysia ini, dengan AS adalah sebagai satu negara yang memberi pelaburan yang terbesar. Jadi kita lihat dari sudut ekonomi.

“Tapi insyaAllah, dengan pendirian tegas YAB Perdana Menteri dan menteri luar sendiri kita cukup optimis, kita cukup yakin bahawa, Trump ini bersama-sama semua negara yang sama fikiran dengan Qatar, dengan Mesir, sentiasa mencari jalan untuk mencari perdamaian di Palestin.

“Jadi Machang, jangan jadi Hamas lebih daripada hamas ya,” katanya.



Source link