Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan isu mengenai bendera negara sebagai alasan untuk mencetuskan perpecahan kaum.
Anwar berkata walaupun Jalur Gemilang perlu dihormati sebagai lambang kedaulatan, ia tidak seharusnya dieksploitasi untuk mencetuskan ketegangan kaum.
“Jadi kadang-kadang bila kita aman, kita buat andaian sahaja. Ajak orang bergaduh, mahu bergaduh soal bendera, semua mahu gaduh dan ada yang menghangatkan suhu perpecahan antara kaum,” katanya dipetik Astro Awani.
[Laporan penuh menyusul]